Talaqqi kitab turath bersama ulama Pattani kembali 18 hingga 20 Feb di masjid negeri

15 Feb 2025 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 15 FEB: Program Talaqqi Kitab Turath Islami siri ke-7 bagi mengupas karya agung Imam Al-Ghazali diteruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 18 hingga 20 Februari.

Menampilkan tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni, program kesinambungan Festival Turath Islami Selangor sejak Mei 2023 akan mengupas kitab Ihya Ulumuddin dan Mawaqif al-Marjan.

image is not available
Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni menyampaikan kuliah dhuha dalam program Talaqqi Kitab Turath Islami Siri Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Mirjan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 27 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Selain Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), siri tersebut turut dianjurkan bersama Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath, pejabat Dato’ Menteri Besar dan masjid negeri.

Program pada 18 Februari meliputi dua sesi iaitu kuliah Dhuha (9 hingga 11 pagi) dan kuliah isyak (9 hingga 11 malam) manakala pada 19 dan 20 Februari melibatkan sesi kuliah Dhuha (9 hingga 11 pagi).

image is not availableJemputan majlis ilmu itu terbuka untuk semua muslimin dan muslimat selain kitab-kitab juga akan dijual di reruai IBDE di sana.

Program talaqqi dianjurkan bagi memperkukuh pemahaman umat Islam terhadap warisan keilmuan Imam al-Ghazali selain menjadi wadah dalam mendalami khazanah warisan Islam yang sarat dengan hikmah dan pedoman kehidupan.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved