Talian 275kV ke Lahad Datu mula tugas April: Sabah Electricity

LocalBusiness & Finance
25 Mar 2025 • 4:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kota Kinabalu: Talian penghantaran elektrik 275 kilovolt (kV) Segaliud-Dam bakal dimula tugas pada pertengahan bulan April ini, yang akan meningkatkan dapat meningkatkan penghantaran tenaga daripada 200 megawatt (MW) kepada 400MW secara harian ke Pantai Timur Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity (SE) Mohd Yaakob Jaafar berkata kerja-kerja akhir untuk menaik taraf talian tersebut sedang dilaksanakan bermula 22 Mac sehingga 29 Mac 2025.

Beliau berkata projek ini akan membolehkan penyaluran lebih banyak kapasiti tenaga yang lebih murah daripada stesen janakuasa di Pantai Barat Sabah ke Pantai Timur Sabah.

“Sabah Electricity menyasarkan kerja-kerja itu akan disiapkan sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan bekalan kepada pengguna tidak terganggu.

“Ia juga untuk memastikan bekalan sentiasa dalam keadaan terbaik dan stabil bagi menampung beban sepanjang musim perayaan,” katanya menerusi kenyataan di sini, Ahad.

Mohd Yaakob berkata usaha ini seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada sumber penjanaan berasaskan diesel dan MFO yang agak mahal dan memerlukan tanggungan subsidi yang sangat tinggi daripada pihak kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved