Talian HEAL 15555 rekod 518 kes tingkah laku bunuh diri

LocalHealth & Fitness
28 Sep 2026 • 4:23 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Talian HEAL 15555 rekod 518 kes tingkah laku bunuh diri

IPOH: Sebanyak 267,873 panggilan diterima menerusi Talian HEAL 15555 (Help with Empathy and Love) sepanjang tempoh empat tahun perkhidmatan bantuan psikososial itu beroperasi sehingga 19 September lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 220,856 klien atau 82 peratus menerima bantuan sokongan emosi manakala 47,014 klien atau 18 peratus diberikan intervensi khusus oleh Pegawai Psikologi Kaunseling.

“Talian berkenaan turut mengendalikan 518 kes krisis tingkah laku bunuh diri yang meliputi kes idea bunuh diri dan cubaan bunuh diri.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 347 kes melibatkan idea bunuh diri telah diberikan intervensi oleh petugas Talian HEAL 15555,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Dewan Kolej Poly-Tech Mara Ipoh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 171 kes cubaan bunuh diri pula dirujuk dengan mengaktifkan MERS999 menerusi kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jabatan kecemasan.

Katanya, langkah itu bagi memastikan individu terbabit dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Trend panggilan yang diterima menerusi Talian HEAL 15555 juga menunjukkan peningkatan setiap tahun iaitu pada 2023, sebanyak 27,738 panggilan diterima sebelum meningkat kepada 42,990 panggilan pada 2024.

“Jumlah berkenaan terus melonjak hampir dua kali ganda pada 2025 dengan 90,981 panggilan direkodkan,” katanya. – UTUSAN

The post Talian HEAL 15555 rekod 518 kes tingkah laku bunuh diri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved