Talita menyanyi kerana Shuib

LocalEntertainment
6 Jan 2025 • 5:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Talita mahu menjadi penyanyi kerana bapanya, Shuib.

ANAK perempuan tunggal kepada Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra atau lebih dikenali sebagai Talita mendedahkan mahu menjadi penyanyi kerana bapanya.

Jelas Talita, 12, dia berbuat demikian agar orang ramai kembali menyukai bapanya, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 41.

“Tak ada pun (bukan sebab mimpi). Sebab orang tak suka dengan daddy. Jadi saya nak buat orang suka pada daddy balik.

“Daddy pun selalu minta kami untuk doakannya,” katanya ketika muncul dalam sesi siaran langsung bersama Shuib.

Shuib yang diihat terkesima dengan jawapan Talita turut berterima kasih dan berharap anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu boleh membantu menaikkan semula perniagaannya yang kini berdepan masalah.

Terdahulu, kemunculan Talita di Bukit Bintang pada Jumaat lalu meraih perhatian apabila mendendangkan lagu arwah ibunya, Kesetiaan sehingga tular dalam media sosial.

Keinginan anak gadis terbabit untuk bergelar penyanyi disuarakan secara spontan dua minggu lalu dan dalam tempoh singkat Talita mendapat bimbing vokal daripada datuknya, Raisuddin Hamzah.

Selain Talita, perkahwinan Shuib dengan Siti Sarah turut diserikan Uwais Alqarni, 14, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan, 3.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan (HCTM) pada 9 Ogos 2021 akibat komplikasi Covid-19.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved