
SANDAKAN: Penantian 11 tahun penduduk Taman Airport, Batu 7, di sini untuk mempunyai sebuah surau berakhir apabila ia telah pun siap dan mula digunakan pada 22 Julai lalu.
Pada Khamis, Surau As-Sakinah Taman Airport itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir.
Hadir sama, pengerusi surau Mohd Hafiz Zuraimy Damsah dan ahli jawatankuasa serta yang lain.
