Taman eko rimba, aktiviti pendakian dibuka semula 1 Februari

25 Jan 2024 • 12:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 25 JAN: Taman eko rimba termasuk aktiviti pendakian bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dibuka semula kepada orang ramai bermula 1 Februari.

Menerusi poster di Facebook, pembukaan semula taman eko itu membabitkan enam lokasi iaitu Sungai Tua, Sungai Sendat, Sungai Tekala, Komanwel, Kota Damansara dan Gunung Nuang.

Arahan dikeluarkan pengarah jabatan itu turut memaklumkan jalur pendakian membabitkan tiga daerah iaitu Hutan Hulu Selangor, Hutan Pantai Klang dan Hutan Selangor Tengah.

“Pembukaan semula taman eko rimba dan aktiviti pendakian bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bermula 1 Februari 2024.

“Segala maklumat boleh tengok poster di bawah dan sebarang pertanyaan boleh hubungi ibu pejabat
JPNS di talian 03-55447507,” maklum jabatan itu.

Bermula November tahun lalu hingga 31 Januari ini, JPNS menutup semua aktiviti di taman eko rimba dan laluan pendakian bawah pengurusannya berikutan musim tengkujuh.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved