Taman komuniti di USJ17 ceroboh kawasan saluran gas

LocalEnvironment
3 Apr 2025 • 6:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kewujudan papan tanda yang memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak menceroboh kawasan tersebut dilepas pandang, meskipun taman berkenaan boleh dilihat daripada Jalan USJ17/1. Foto Facebook SJ Echo

PUTRAJAYA - Timbul kebimbangan apabila sebuah taman komuniti di USJ17, Subang Jaya didapati menceroboh kawasan yang dikhaskan untuk saluran gas.

Platform berita komuniti Subang Jaya, SJ Echo dalam hantaran Facebooknya memaklumkan taman itu yang bermula sebagai projek penanaman sepanjang sempadan kini telah diperluas ke dalam kawasan khas paip gas berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan susulan kebakaran di Putra Heights baru-baru ini.

"Taman batu (rock garden) dengan pokok-pokok pisang dan serai mungkin sekali pandang dilihat indah namun jika anda lihat lebih dekat, anda akan sedar bahawa taman ini jelas telah diperluas ke dalam laluan paip gas,” menurut SJ Echo.

Menurut hantaran itu, kewujudan papan tanda yang memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak menceroboh kawasan tersebut dilepas pandang, meskipun taman berkenaan boleh dilihat daripada Jalan USJ17/1.

Menurut Sj Echo, keperluan memagar kawasan paip gas itu mesti diambil serius memandangkan penduduk dan pelajar sekolah telah bertahun-tahun menggunakan lorong tikus antara USJ17 dan USJ13 yang merentasi kawasan saluran tersebut.

Penduduk yang menyedari sebarang pencerobohan kawasan saluran paip di Subang Jaya, USJ atau Putra Heights diminta untuk melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa bagi siasatan lanjut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved