Taman Perindustrian Samalaju tarik pelaburan RM111.73 bilion sejak beroperasi – Abang Johari

6 Mar 2024 • 4:53 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Taman Perindustrian Samalaju tarik pelaburan RM111.73 bilion sejak beroperasi – Abang Johari

diyana

06/03/2024 - 16:53

KUALA LUMPUR 6 Mac - Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu telah berjaya menarik pelaburan mencecah RM111.73 bilion sejak mula beroperasi dengan jumlah tenaga kerja seramai 10,000 orang.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg berkata, jumlah pelaburan itu memberikan impak positif kepada industri hiliran serta penggiat ekonomi domestik dan hasil keluarannya diunjurkan berjumlah RM12.07 bilion.

“Potensi itu ada dan kita mempunyai senarai syarikat yang bakal melabur di taman perindustrian tersebut dengan nilai pelaburan berjumlah RM15.66 bilion dalam pelbagai peringkat pembinaan, termasuk pelaburan yang diluluskan dan dilaksanakan,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-10 Sakura Ferroalloys di Bintulu pada 5 Mac 2024, lapor Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

image is not available
Abang Johari dan isteri beliau, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-10 Sakura Ferroalloys.

Abang Johari menambah, terdapat banyak lagi projek yang bakal memperkasakan industri di Samalaju, yang salah satunya termasuk projek saluran paip gas Bintulu-Samalaju sepanjang 70 kilometer yang dijangka siap pada penghujung 2025.

“Operasi projek ini akan meningkatkan pengagihan bekalan gas untuk kegunaan di Taman Perindustrian Samalaju, termasuk turbin gas kitaran gabungan (CCGT) yang masih dalam peringkat pembinaan bagi menaik taraf bekalan gas serta penjanaan kuasa kawasan berkenaan,” ujar beliau. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved