Taman Tema Air VR Di Malaysia Akan Dibuka Dalam Masa Terdekat

TechnologyDigital
27 Jan 2023 • 11:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

[KEMAS KINI – 27 JAN / 3:20 PM]: Taman tema ini akan dibuka pada 6 Februari 2023, tetapi sumber memaklumkan bahawa Atlantis VR tidak akan tersedia pada tarikh berkenaan sehingga dimaklumkan kelak.


Tidak kira sama ada anda peminat roller coaster, rumah hantu atau taman tema air, kesemua ini memberi keseronokan tersendiri bagi orang dewasa mahupun kanak-kanak. Berkongsi lebih lanjut, sebuah taman tema air baharu di bawah kelolaan Gamuda Land yang dinamakan sebagai SplashMania Waterpark bakal dibuka pada 6 Februari 2023.

image is not available

Terletak di perbandaran Gamuda Cove, Banting, Selangor, taman tema air seluas 18 ekar ini menyediakan sehingga 39 gelongsor air. Salah satu yang menjadi tarikan utama ialah gelongsor air yang dinamakan Atlantis VR, yang mana dilengkapi dengan sokongan realiti maya (VR Waterslide) yang dikatakan pertama kali diperkenalkan di Malaysia.

image is not available

Butiran mengenainya agak terhad buat masa ini, tetapi ia digambarkan mampu menyajikan pengalaman seolah-olah berada di dunia sebenar sewaktu pengunjung menikmati perjalanan maya sepanjang 250m melalui Lost City of Atlantis. Laman web rasmi turut menyatakan pengunjung seharusnya berketinggian lebih 120kg dengan berat tidak lebih 120kg untuk 2 pengunjung. Kemudian, berat tidak lebih 280kg untuk kapasiti 4 orang.

image is not available

Harga jualan turut telah dikongsikan yang mana bermula RM63 untuk kanak-kanak berketinggian 120cm dan warga emas berumur 60 tahun keatas. Kanak-kanak dibawah ketinggian 90cm pula akan dikecualikan pembayaran. Selanjutnya, RM79 pula untuk dewasa yang juga berketinggian 120cm dan keatas. Tawaran ini bagaimanapun adalah terhad sehingga 31 Mac 2023.