Taman Tema Pokemon Akan Dibuka Di Jepun Tahun Depan

TechnologyGamingDigital
24 Jul 2025 • 1:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pokemon ialah fenomena yang akan menyambut ulang tahun ke 30 pada tahun 2026. Siapa sangka siri animasi dan permainan video Nintendo mengenai haiwan fantasi yang bertarung masih mempunyai peminat selepas hampir tiga dekad. Sempena ulang tahun ini, Poképark Kanto akan dibuka tahun depan menjadikannya taman tema Pokemon pertama di dunia. Lokasi yang dipilih ialah Bukit Tama berhampiran Tokyo dan Kangawa.

Sebelum ini beberapa tarikan Pokemon disertakan dalam Super Nintendo World, Universal Studios Jepun. Poképark Kanto adalah seluas 2.6 hektar ini dengan ia dibahagikan kepada bahagian Pokémon Forest dan Sedge Town.

Di Pokemon Forest lebih 600 spesis Pokemon dapat dilihat pelawat seperti ia benar-benar hidup di habitat sebenar. Sementara di Sedge Town terdapat beberapa tarikan seperti stadium, gimnasium, Pikachu yang boleh ditunggang dan banyak lagi.

Poképark Kanto akan dibuka pada musim luruh 2026 (sekitar Oktober) dengan pratempahan tiket untuk menjadi pelawat terawal akan dibuka pada musim luruh 2025.