
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri akan menamatkan permit kerja operasi syarikat minyak dan gas (O&G) yang gagal membayar Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum kepada Kerajaan Negeri.
Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata penamatan itu akan berkuat kuasa pada 1 Oktober jika mereka masih gagal berbuat demikian.
Ia akan terpakai kepada anak syarikat milik penuh Hibiscus Petroleum Bhd iaitu SEA Hibiscus Sdn Bhd (Seah) dan Repsol Oil and Gas Ltd (Repsol), yang sebelum ini enggan membayar SST.
