Tamatkan Zaman Bujang, Victoria f(x) Dah Berkahwin Secara Rahsia Dengan Pelakon China?

28 Nov 2023 • 9:51 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sudah berusia 36 tahun, adakah Victoria f(x) telah pun menamatkan zaman bujang?

Terbaru pada 26 November, media hiburan China melaporkan bahawa Victoria telah mengadakan perkahwinan secara rahsia dengan pelakon China, Ou Hao.

Bagaimanapun, agensi wanita itu terus menafikan khabar angin tersebut dengan menyatakan di Weibo,

Dakwaan itu adalah berdasarkan khabar angin berniat jahat. Kami berharap dapat menghentikan penyebaran khabar angin ini dan akan mengambil tindakan undang-undang.

image is not available

Begitu juga dengan syarikat pengurusan Ou Hao yang turut menafikan gosip tersebut dan menggesa orang ramai untuk memberi tumpuan kepada kerja profesionalnya.

Untuk pengetahuan, sebelum ini, Victora dan Ou Hao pernah bekerjasama dalam drama seperti “Find Yourself” pada 2019 dan “My Fantastic Mrs. Right 2” pada 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved