‘Tambah baik pengurusan royalti muzik’

LocalMusic
19 Mar 2025 • 10:09 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

PENGURUSAN royalti muzik perlu terus ditambah baik dan diperkasakan bagi memastikan hak cipta karyawan tempatan dilindungi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata kerajaan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) memperkenalkan Garis Panduan (GP) Pengoperasian Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) yang bertanggungjawab mengurus kutipan royalti.

“CMO dilesenkan di bawah Akta Hak Cipta 1987 oleh MyIPO di bawah Seksyen 27A untuk mewakili pemunya karya mengutip daripada pengguna karya.

“Sebelum ini tidak ada sebarang garis panduan namun sekarang mereka boleh melalui perlembagaan masing-masing menggerakkan pengoperasian mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Advokasi Royalti Muzik pada Isnin.

Armizan berkata dengan peruntukan baharu itu MylPO kini mempunyai kuasa untuk mengeluarkan garis panduan mengenai apa-apa perkara berhubung perisytiharan dan pengendalian CMO.

Menurut beliau advokasi seperti yang diadakan baru-baru ini merupakan satu strategi untuk menyuntik kefahaman, kesedaran dan penglibatan dalam kalangan pihak berkepentingan khususnya penggiat seni mengenai hak-hak mereka sebagaimana yang terkandung di bawah Akta Hak Cipta.

Selain itu, Armizan berkata sejak Januari 2023 sehingga Februari 2025 sebanyak 17,402 permohonan pendaftaran hak cipta telah diterima.

“Pendaftaran hak cipta melibatkan karya muzik dan rakaman bunyi mencatatkan angka yang agak rendah iaitu masing-masing sejumlah 170 dan 146 pendaftaran sahaja.

“Ini juga menunjukkan keperluan untuk meningkatkan program advokasi kesedaran dan pendidikan dalam kalangan golongan sasar penggiat seni yang terlibat termasuk semua artis baharu,” katanya.