Tambah baik Skim Perubatan Madani, perkhidmatan kesihatan luar bandar

LocalPolitics
3 Oct 2023 • 11:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azizan

SHAH ALAM - Perancangan dan pembangunan tenaga kerja perkhidmatan kesihatan perlu diberi keutamaan dalam Belanjawan 2024.

Antaranya mewujudkan lebih banyak jawatan tetap, kontrak selain peruntukan tunggakan kenaikan pangkat dan latihan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Azizan Abdul Aziz berkata, pihaknya berharap sejumlah besar diperuntukkan untuk inisiatif sektor awam dan swasta dalam usaha mengurangkan kesesakan sistem penjagaan kesihatan awam.

“Skim Perubatan Madani (SPM) adalah satu inisiatif baik yang harus diperluaskan untuk memasukkan pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD) oleh klinik perubatan am swasta (GP).

“Kerajaan harus memanfaatkan 13,000 GP swasta di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Azizan berkata, MMA juga berharap dapat melihat peningkatan peruntukan dari segi langkah pencegahan dengan dana menyokong program pendidikan kesihatan dan kempen kesedaran di sekolah dan komuniti.

“Antaranya mencegah kes obesiti dan diabetes,” katanya.