Tambah-Nilai GrabPay Wallet Menggunakan Kad Debit CIMB Kini Dikenakan Caj 1%

Business & FinancePersonal Finance
26 Aug 2026 • 4:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tambah-Nilai GrabPay Wallet Menggunakan Kad Debit CIMB Kini Dikenakan Caj 1%

Hampir dua tahun lalu, tambah nilai GrabPay Wallet mengenakan caj 1% sekiranya menggunakan kad kredit. Hari ini caj 1% juga mula dikenakan apabila kad debit digunakan untuk tambah nilai. Sungguhpun begitu, kami menyedari ia hanya melibatkan kat debit Mastercard CIMB sahaja pada waktu ini. Kad debit bank lain masih belum dikenakan caj yang sama.

Image from: Tambah-Nilai GrabPay Wallet Menggunakan Kad Debit CIMB Kini Dikenakan Caj 1%

Pelanggan masih boleh melakukan tambahan nilai GrabPay Wallet tanpa caj menerusi GX Bank, dan pemindahan dana menerusi akaun bank. Sekiranya pelanggan CIMB ingin mengelakkan caj yang baru sahaja diperkenalkan ini, ini sahaja cara yang boleh digunakan. Tidak diketahui mengapa caj secara mengejut diperkenlakan dan tanpa sebarang pengumuman daripada Grab maupun CIMB setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved