Tambahan peruntukan bukti Kerajaan tidak pinggir bukan Islam

LocalPolitics
26 Dec 2024 • 4:27 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

NABAWAN: Peningkatan peruntukan untuk badan keagamaan bukan Islam, sekolah mubaligh dan persendirian kepada RM70 juta di negeri ini pada tahun depan membuktikan Kerajaan Sabah tidak pernah meminggirkan badan-badan keagamaan bukan Islam di negeri ini.

Adun Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, peruntukan tersebut membolehkan badan keagamaan bukan Islam, sekolah mubalgih dan persendirian menjalankan aktiviti mereka, termasuk membina bangunan baharu atau membaik pulih kemudahan berkaitan.

AdvertisementGhani, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Krismas 2024 anjuran Majlis Gabungan Gereja Kristian Daerah Nabawan di dewan serbaguna di sini.

Usaha kerajaan ini juga disambut baik oleh Pengerusi Majlis Gabungan Gereja Kristian Nabawan Daud Anggau.

SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more Katanya, bagi pihak gereja-gereja Kristian di daerah ini, beliau merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang prihatin.

Terdahulu dalam ucapannya, Ghani berkata kerjasama dan kesepakatan gabungan gereja-gereja Kristian di daerah ini dalam menjayakan sambutan Krismas tahun ini, menggambarkan keharmonian dan kesatuan serta sikap saling bertoleransi dalam kalangan masyarakat di sini, dan amnya untuk Sabah.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, keamanan dan keharmonian yang dikecapi sejak sekian lama, walaupun berbeza kepercayaan agama, perlu dikekalkan.

“Perbezaan kepercayaan bukan menjadi alasan untuk kita tidak menghormati dan sama-sama memeriahkan sambutan seperti hari Krismas yang kita raihkan

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); pada setiap tahun.

“Perkara ini adalah kebiasaan bagi masyarakat berbilang kaum di negeri untuk menghormati perayaan agama rakan dan saudara kita di Negeri ini. Sikap beginilah sepatutnya yang perlu kita terjemahkan dalam mengekalkan perpaduan,” jelasnya.

Ghani berkata, berbanding negeri lain di Malaysia, Sabah mempunyai nilai perpaduan yang paling baik, kerana walaupun mempunyai banyak suku kaum dan kepercayaan, mereka boleh bersatu dan saling hormat-menghormati.

“Maka dengan itu, sikap dan amalan ini mestilah kita pelihara bersama dan diteruskan oleh generasi masa hadapan,” tambahnya.

Pada majlis itu, Ghani turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada ibu tunggal dan warga emas.

Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan Marshal Anthony, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Nabawan Deckson Andipai dan pemimpin-pemimpin gereja Kristian Nabawan.