Tambang DRT Naik RM4, Penduduk Mahu Penjelasan

LocalPolitics
8 Apr 2025 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Penduduk di Puchong mendesak kerajaan Selangor pantau caj perkhidmatan Transit Atas Permintaan (DRT) yang dikendalikan pengendali swasta selepas tambang naik daripada RM2 kepada RM4.

Mike Chong, penduduk Puchong Hartamas berkata, kenaikan ini bercanggah dengan usaha kerajaan negeri mempromosi pengangkutan awam. Tambahnya, DRT penting sebagai penyambung ‘last-mile’ ke destinasi pengguna.

“Perkhidmatan mampu milik ini penting untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam dan meminimumkan kesan alam sekitar.

image is not available

“Jika harganya tidak berpatutan, golongan berpendapatan rendah akan terpinggir dan manfaat DRT sukar dirasai secara menyeluruh,” tambahnya.

Syarikat pengendali, Trek Rides, turut umum pengurangan waktu operasi dan penamatan perkhidmatan di beberapa kawasan termasuk Taman Melawati dan Ampang yang kesemuanya sebelum ini sebahagian daripada inisiatif Selangor Mobility.

Pada 12 Mac lalu, Menteri Besar Selangor Incorporated membuka permohonan cadangan (RFP) kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk mengendalikan DRT di bawah Selangor Mobility. Tarikh akhir permohonan ialah 7 April, semalam.

Buat masa ini, insentif kepada pengendali sedia ada digantung sementara menunggu pelantikan baharu.

Chong turut mengkritik komunikasi kerajaan negeri yang didakwanya lemah, “Penduduk tidak dimaklumkan awal mengenai perubahan ini. Pihak berkuasa sepatutnya menyediakan saluran maklumat yang mudah diakses serta membolehkan pengguna memberikan maklum balas atau membuat aduan,” katanya lagi.

image is not availableimage is not available

Ng Sze Han, Exco Mobiliti negeri, berkata semua operator kini beroperasi mengikut pelan sendiri sepanjang tempoh RFP. Mobi, satu lagi operator, telah hentikan perkhidmatan di semua zon Selangor Mobility sejak 14 Mac.

Sumber: The Star

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved