Tambang Mahal, Individu Ini ‘Offer’ Separuh Harga Tiket Untuk 300 Pelajar Balik Sabah Sarawak

19 Apr 2023 • 12:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Harga tiket penerbangan sehala ada yang mencecah 1K

Tambang Mahal, Individu Ini ‘Offer’ Separuh Harga Tiket Untuk 300 Pelajar Balik Sabah Sarawak. Seperti yang kita sudah sedia maklum, tiket penerbangan untuk balik ke Sabah Sarawak dari semenanjung sangat mahal berbanding dengan penerbangan ke daerah lain dalam Malaysia.

Rata-rata netizen turut menyatakan bahawa harga tiket penerbangan tersebut tidak masuk akal kerana ada yang hampir cecah RM1K untuk penerbangan sehala sahaja untuk musim perayaan ini.

image is not available
Tambang Mahal, Individu Ini ‘Offer’ Separuh Harga Tiket Untuk 300 Pelajar Balik Sabah Sarawak

Beliau membuka kepada 300 orang pelajar untuk hantar pesanan kepada beliau di laman Twitter

Telah tular di laman Twitter di mana individu ini kongsi melalui quote tweet untuk taja setengah harga tiket balik Sabah Sarawak apabila segelintir pelajar mengeluh lihat harga tiket ini diibaratkan pergi ‘haji’.

Pemilik akaun Twitter Razalif M. Zain telah tawarkan untuk tanggung setengah harga tiket penerbangan untuk balik Sabah Sarawak untuk pelajar meluangkan masa bersama keluarga pada hari perayaan ini.

image is not available

Beliau membuat keputusan untuk taja tiket sepenuhnya untuk 13 orang yang telah DM beliau malam tadi

Terkini dari akaun Twitter beliau malam tadi, hanya 13 orang sahaja yang sudah isi untuk memohon tiket penerbangan dari 50 yang telah DM beliau. Beliau buat keputusan untuk tanggung harga tiket sepenuhnya kepada 13 pelajar tersebut untuk mereka balik ke Sabah Sarawak.

Dan bagi pelajar di luar sana yang masih belum membeli tiket untuk balik ke kampung halaman, mungkin ini salah satu harapan anda.

image is not available

Tindakan individu ini bukan sahaja dapat memberi senyuman kepada orang ramai malah, rata-rata warga netizen memuji dan turut mendoakan agar beliau ini sentiasa diberikan rezeki yang melimpah untuk membantu lebih ramai orang.

image is not available

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: