Tampal bendera Israel di restoran, lelaki didenda RM100

6 Jun 2024 • 2:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: FMT

PETALING JAYA: Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kajang selepas mengaku bersalah menampal pelekat bendera Israel di sebuah restoran makanan segera, bulan lalu.

Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz turut memerintahkan Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, menjalani hukuman penjara sehari, jika gagal membayar denda, menurut Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menampal pelekat bendera Israel di restoran makanan segera, iaitu tempat seorang wanita bekerja yang mana keamanan mungkin terganggu di Batu 10, Jalan Hulu Langat, pada 4.42 petang 29 Mei lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Sebelum menjatuhkan hukuman, majistret bertanya tertuduh apa punca dia bertindak demikian dan Tariq dia marah kerana ada ahli keluarganya yang meninggal dunia di Palestin.

“Kamu (tertuduh) kena fikir kesan perbuatan sebab kalau kamu buat begitu (lekat bendera Israel di restoran makanan segera), ia tidak akan menjadikan keadaan lebih baik.”

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh, Nabilla Rosli, memohon mahkamah mengenakan denda kerana anak guamnya berpendapatan RM2,500 sebulan.

“Tertuduh perlu menanggung isteri tidak bekerja dan ibu mentua yang juga ibu tunggal, manakala ibu bapanya menghidap penyakit gout serta jantung.

“Tertuduh menyesal atas kesilapannya dan memohon maaf kepada semua pihak.”

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran pula memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal mengambil kira kepentingan awam serta sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.