Tampar Adik Perempuan, Lelaki Penganggur Didenda RM3000 Di Miri

3 Dec 2024 • 4:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Menyesal tak sudah, tampar adik dan kes dadah bawa padah

Tampar Adik Perempuan, Lelaki Penganggur Didenda RM3000 Di Miri. Seorang lelaki penganggur dijatuhkan hukuman penjara tiga minggu dan denda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal bayar kerana menampar adik perempuannya.

Menurut laporan media tempatan, Magistrate Sandy Yvette Freddy menjatuhkan hukuman ke atas Tom John, 39, dari Long Jegan, Tinjar, Baram selepas dia mengaku bersalah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A.

image is not available
Tampar Adik Perempuan, Lelaki Penganggur Didenda RM3000 Di Miri. Gambar sekadar hiasan

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali. Manakala Seksyen 326A pula menetapkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya.

Apa yang berlaku?

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Lambir 1, Taman Jelita sekitar jam 10 malam pada 29 September lalu. Tom dikatakan menampar pipi kanan adik perempuannya yang berusia 20 tahun.

Semasa rayuan, Tom memohon hukuman diringankan kerana menyesal dengan perbuatannya dan telah berbaik semula dengan adiknya.

Bukan sekali, tapi dua kesalahan

Dalam kes berasingan, Tom juga dikenakan denda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal bayar serta diperintah berada di bawah pengawasan selama dua tahun kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

Dia didapati positif amphetamine dan methamphetamine selepas menjalani ujian air kencing di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Miri pada 22 Januari 2016.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala Tom hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam.

Baca juga artikel pernah kami terbitkan mengenai penyalahgunaan dadah: