Tampar Kakitangan PUSPAKOM, Pemandu Lori Akan Didakwa Esok

23 Jan 2025 • 1:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki pemandu lori akan didakwa di Mahkamah Johor Bahru esok atas tuduhan menampar seorang kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Johor Bahru susulan tular video kejadian tersebut baru-baru ini.

Pemandu lori tampar kakitangan PUSPAKOM bakal didakwa esok

image is not available

Foto: media sosial

Menurut laporan Buletin TV3, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada November tahun lalu sebelum video kejadian tular di media sosial pada 16 Januari lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat Pendakwa Raya pada 20 Januari dan telah mendapat arahan bagi mendakwa suspek.

“Di bawah Seksyen 323 kanun keseksaan suspek yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksima satu tahun atau denda maksima RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Terdahulu, video tular menunjukkan mangsa berumur 38 tahun ditampar oleh suspek berumur 59 tahun akibat tidak berpuas hati dipercayai apabila lorinya gagal dalam pemeriksaan PUSPAKOM.

Sumber: Buletin TV3