Tampil Bergaya Rupanya Kantoi Pencuri, Individu Ini Dedah Tiktoker Sering Curi Barang Roommate

27 Sep 2023 • 5:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiktoker ini didakwa flex barang yang bukan miliknya

Tampil Bergaya Rupanya Kantoi Pencuri, Individu Ini Dedah Tiktoker Sering Curi Barang Roommate. Seorang wanita yang menjadi bualan hangat netizen, didedah oleh rakan serumahnya kerana didakwa mencuri barang milik rakan-rakannya sendiri.

Di Twitter (X), sebuah bebenang menjadi tular menunjukkan seorang wanita yang didakwa mencuri baju, tudung dan beg tangan berjenama milik rakan serumahnya.

image is not available
Tampil Bergaya Rupanya Kantoi Pencuri, Individu Ini Dedah Tiktoker Sering Curi Barang Roommate

Wanita tersebut menyekat media sosial rakan serumah untuk sembunyikan bukti

Wanita berkenaan, dilihat sering mempamerkan barang-barang tersebut di TikTok, memberi gambaran seolah-olah ia miliknya sendiri.

Dalam kongsian tersebut, wanita ini memperincikan beberapa bukti yang menunjukkan tindakan roommatenya:

Wanita ini mendakwa bahawa beberapa barang yang dipamerkan oleh roommatenya di aplikasi tersebut bukanlah miliknya. Apabila rakan-rakannya mencuba menghubungi dan memberi amaran, dia dengan cepatnya menyekat mereka daripada akses ke akaun TikToknya, dakwa wanita tersebut ia mungkin cara untuk menyembunyikan bukti.

image is not available

Roommatenya memakai pakaian yang dikenali oleh wanita tersebut

Selain daripada barang yang hilang, ada juga dakwaan bahawa barang-barang di rumah sewa mereka telah diubahsusun. Ini menimbulkan kecurigaan bahawa roommatenya mungkin telah mengambil beberapa barang dan mencuba menyembunyikan buktinya.

Salah satu bukti yang paling kuat ialah video TikTok yang menunjukkan roommatenya memakai pakaian yang dikenali oleh wanita tersebut. Ditambah pula dengan kehilangan pakaian pada tarikh yang sama, ini semakin mengukuhkan dakwaan tersebut.

image is not available
Tampil Bergaya Rupanya Kantoi Pencuri, Individu Ini Dedah Tiktoker Sering Curi Barang Roommate

Menjauhkan diri dari konflik bukanlah jalan penyelesaian. Wanita tersebut mencuba untuk berhubung dengan roommatenya melalui panggilan telefon dan mesej, namun semuanya diabaikan.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: