Tampil Langsing & Berbeza, Park Bom Dedah Penampilan Baru Kini?

6 Oct 2023 • 12:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Peminat K-Pop pastinya akan kenal dengan penyanyi wanita legend iaitu Park Bom.

Sebelum ini, Park Bom telah beberapa kali mendapat perhatian kerana wajahnya dipercayai telah berubah mendadak kerana melakukan pembedahan plastik yang keterlaluan.

Bukan itu sahaja, berat badannya juga dilihat telah naik, membuatkan peminat risau dengan kesihatannya.

Terbaru, Park Bom telah memuat naik beberapa foto di Instagram, berkongsi wajah dan penampilannya yang berbeza dari sebelum ini. Oleh itu, ramai yang tertanya sekiranya wanita itu telah berjaya melakukan dietnya.

Bagaimanapun, gambar yang dikongsi sebenarnya telah disunting menggunakan aplikasi popular AI yang menjadi trend di kalangan orang Korea pada masa kini.

Namun, ramai tidak dapat menafikan bahawa Park Bom tetap kelihatan cantik dalam semua foto berkenaan.

Memang cantik pun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.