Tampil Seksi Untuk Kempen Pakaian Dalam, Eyka Farhana Dikecam Netizen

Entertainment
23 Aug 2022 • 12:30 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pelakon popular Eyka Farhana menjadi mangsa baharu kecaman netizen selepas dia memuatnaik video kempen terbaharunya. - Gambar Insatgram Eyka Farhana

Pelakon popular Eyka Farhana menjadi mangsa baharu kecaman netizen selepas dia memuatnaik video kempen terbaharunya untuk memperagakan pakaian dalam jenama antarabangsa terkenal, Calvin Klein.

Dalam video kempen itu, Eyka memakai pakaian dalam bersama jaket jeans dan seluar jean dari Calvin Klein yang mendedahkan bahagian perutnya. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by EF✨ (@eykafarhana)

Walaubagaimanapun segelintir netizen kurang senang dengan aksi Eyka yang dikatakan tidak menjaga batas sebagai wanita Muslim. 

Ada juga yang kesal dengan tindakannya kerana mereka tidak menyangka disebalik raut wajah yang lembut, rupanya Eyka seorang yang seksi dan ‘daring’. 

image is not available

Pelakon siri Dukun Diva itu juga dilihat telah menutup bahagian komen hantaran berkenaan selepas dibanjiri dengan kecaman. 

Jika menjengah ke akaun Instagram Eyka, dia memang kerap memuatnaik foto-foto kempen yang dibintanginya bersama jenama antarabangsa. 

Semoga Eyka lebih berhati-hati dalam memilih kempen yang harus dibintangi kerana kebanyakan peminat Eyka adalah dari pelbagai lapisan masyarakat. Harus menjaga sensitiviti juga sekali sekala agar tidak terlanggar batas. – Getaran, 23 Ogos 2022