Tampung lesen motor 15,000 belia, tiket kapal terbang 60,000 mahasiswa

18 Oct 2024 • 5:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerajaan akan menampung bayaran lesen motosikal seramai 15,000 anak muda kurang mampu merangkumi murid sekolah menengah, mahasiswa dan belia mencari kerja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan turut diperluaskan dengan pemberian topi keledar percuma untuk keselamatan kanak-kanak yang memanfaatkan 67,000 keluarga susah.

“Kerajaan juga akan memberi bantuan pembelian tiket penerbangan bagi 60,000 mahasiswa kurang mampu khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke kampung.

“Semua peruntukan yang disalurkan untuk membantu rakyat susah ini adalah sebahagian hasil yang diraih daripada penjualan nombor plat khas,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved