Tamu Desa Sipitang, Kuala Penyu beri manfaat peniaga kecil

LocalBusiness & Finance
22 Sep 2024 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

SIPITANG: Kemudahan premis Tamu Desa yang disediakan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memberi manfaat besar kepada peniaga kecil-kecilan di kawasan luar bandar.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, antara Tamu Desa yang siap di kawasan Sipitang dan Kuala Penyu ialah Tamu Desa Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah dan Tamu Desa Bazar Monsoi Point Kuala Penyu.

“Saya berharap dengan siapnya pembinaan Tamu Desa di kedua-dua daerah ini akan menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada peniaga kecil-kecilan dan juga pengunjung.

“Bagi Tamu Desa di Sipitang, ia bukan hanya dikunjungi pelanggan tempatan tetapi pengunjung luar dari Lawas Sarawak, Brunei dan Kalimantan Indonesian yang melancong ke sini.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Ini merupakan satu daripada 49 projek Premis Tamu Desa yang telah dan sedang dibina pada masa ini di Sabah dan Sarawak bagi pelaksanaan fasa pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Premis Tamu Desa Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah sempena Sambutan Irau Rayeh Lundayeh Sabah Kali Ke-16, di sini, pada Jumaat.

Ewon berkata, bagi pelaksanaan fasa kedua Premis Tamu Desa, kementerian sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk penyaluran peruntukan baki RM10 juta bagi membina lebih banyak premis Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.

Selain itu katanya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga turut menyalurkan bantuan insentif di bawah Program Jom Jelajah Koperasi (Jejak Koperasi) bagi membantu koperasi-koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.

“Antara yang mendapat manfaat daripada program itu ialah Koperasi Pusat Kebudayaan Lundayeh Sabah Sipitang.

“Ini menunjukkan kerajaan khususnya Kuskop sentiasa komited membawa pelbagai kemudahan dan insentif bantuan yang diperlukan oleh komuniti perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan Koperasi di seluruh negara,” katanya.

Mengenai Sambutan Irau Rayeh Lundayeh Sabah Kali Ke-16 bertemakan “Melestarikan Budaya, Perpaduan Tercipta, Keharmonian Terpelihara”, Ewon berkata, tema ini bertepatan dengan usaha Kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan dan kekitaan di kalangan komuniti Lundayeh.

Di samping itu katanya, ia juga mempamer dan memperkenalkan budaya etnik Lundayeh/Lun Bawang kepada masyarakat umum dan pelancong asing.

“Amat penting bagi kita memulihara serta mempertahan identiti budaya etnik masing-masing di mana setiap individu sama-sama menghormati kebudayaan, hak dan peranan setiap suku kaum dalam sama-sama membangunkan negara ini.

“Kepelbagaian etnik ini merupakan satu kekuatan yang perlu dihargai bersama bagi meneruskan kesepaduan kaum di negara ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.