Tamu Desa Telupid siap 90 peratus

LocalBusiness & Finance
12 Jan 2025 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

TELUPID: Pembinaan Tamu Desa daerah Telupid kini siap hampir 90 peratus.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick, apabila siap kelak, ia diharap akan memberi kemudahan yang terbaik untuk peniaga di tamu desa itu.

Advertisement“Tamu desa ini buat julung kalinya kita perkenalkan tahun lepas menerusi peruntukan belanjawan untuk pelaksanaannya di Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

“Tahun ini, melalui Belanjawan 2025, kita juga akan meneruskan pembinaan tamu desa dan membukanya di kawasan yang dikenalpasti untuk kemudahan peniaga terlibat,” tambahnya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu Ketua Pemuda Upko di Dewan Kampung Telupid Batu 4, Telupid, pada Sabtu.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Connie Parantis dan Pengerusi Penganjur, Felix Joseph Saang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam perkembangan lain, Ewon berkata, permohonan peniaga tamu, peniaga kedai dan pemimpin setempat berhubung keperluan untuk membuka sebuah lagi perkhidmatan perbankan di Telupid akan dimajukan kepada pihak berkaitan.

Jelas Ewon, pihaknya juga berharap Bank Rakyat antaranya akan menilai keperluan untuk membuka cawangan di daerah Telupid untuk manfaat pengguna seperti peniaga tamu, usahawan kecil dan pengusaha kedai, yang dilihat akan memberi tambah nilai kepada pengguna.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketika ini, Telupid mempunyai dua perkhidmatan bank iaitu BSN dan Agrobank.

Berkenaan majlis itu, Ewon berkata, ia adalah program tradisi Upko bahagian yang meraikan kepelbagaian perayaan yang disambut bersama seperti Krismas, Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Pesta Kaamatan.

“Ini juga akan terus memupuk perpaduan dan kebersamaan yang sudah terjalin sekian lama dalam kalangan pelbagai kaum dan budaya di negeri ini,” tambahnya.