Tamu Melalap dibangun berasaskan warisan Murut Timugon

LocalTravel
5 Aug 2026 • 4:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Tamu Melalap dibangun berasaskan warisan Murut Timugon

PEKAN Melalap yang mempunyai nilai sejarah, khususnya berkaitan perkembangan perkhidmatan kereta api di pedalaman Sabah, akan dibangunkan sebagai tamu berasaskan warisan Murut Timugon bagi mengangkat nilai sejarah kawasan itu, di samping merancakkan ekonomi masyarakat setempat.

Jamawi berkata pembangunan itu akan memberi nafas baharu kepada Pekan Melalap dengan menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang menampilkan keunikan sejarah kereta api, selain menyediakan ruang kepada usahawan tempatan memasarkan produk kampung, kraftangan dan hasil pertanian.

Beliau berkata kerja pelaksanaan projek itu kini telah mencapai kira-kira 30 peratus dan kawasan berkenaan akan dikekalkan sebagai tapak warisan sejarah.

Antara tarikan utama yang dirancang ialah pembinaan simulator Stesen Kereta Api Melalap, penempatan lokomotif lama serta gerabak kereta api yang akan diubah suai menjadi restoran bertemakan kereta api bagi menarik kehadiran pelancong.

“Melalui pembangunan ini, kita berharap lebih ramai pelancong singgah di Melalap sekali gus meningkatkan ekonomi setempat.

“Pada masa sama, gerai-gerai turut akan disediakan kepada pengusaha dan peniaga tempatan bagi memasarkan produk mereka,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Jamawi berkata kerajaan turut merancang pembinaan jalan alternatif sementara dari Jalan RTM–IPD Tenom melalui Kampung Bunut sebagai laluan baharu menuju ke Pekan Tenom bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, khususnya di laluan berhampiran SM Tsung Shin, SM St Anthony, SM Chung Hwa dan SJK(C) Chung Hwa Tenom pada waktu puncak.

Beliau berkata cadangan pembinaan laluan itu telah dibincangkan dalam satu mesyuarat di Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom.

Katanya, laluan berkenaan mula dicadangkan sejak April lalu, namun ketika itu masih belum mendapat persetujuan daripada beberapa pemilik tanah persendirian yang terlibat.

“Permohonan bagi projek jalan alternatif yang dianggarkan menelan kos RM12 juta itu telah dikemukakan kepada pihak berwajib, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas,” katanya.

Sementara itu, Majlis Daerah Tenom akan menyusun semula sistem keluar masuk di jalan utama berhampiran Pekan Baharu Tenom (Orchard Plaza) serta kedudukan petak parkir bagi melancarkan aliran trafik dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Jamawi turut memaklumkan lampu jalan akan dipasang di kawasan Jambatan Baharu Sungai Padas bagi meningkatkan keselamatan pengguna, khususnya pada waktu malam.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved