Tan Guan Sheng dilantik sebagi Ketua Inovasi Catcha Digital
azan
23/10/2023 - 17:59
KUALA LUMPUR 23 Okt - Catcha Digital Berhad mengumumkan pelantikan Tan Guan Sheng sebagai Ketua Inovasi bagi menerajui usaha kumpulan dalam kecerdasan buatan (AI) berkaitan Media Digital.
Guan Sheng merupakan pengasas Ittify Sdn Bhd (Ittify) iaitu platform pempengaruh terkemuka di Malaysia.
Pada 9 Oktober 2023, Catcha Digital mengumumkan pengambilalihan baki 49% kepentingan ekuiti dalam Ittify yang belum dimiliki dengan harga RM3.43 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Digital, Eric Tan berkata, pihaknya teruja mengumumkan pelantikan itu dan berharap dapat bekerjasama dengannya bagi membuka kunci kuasa AI untuk kumpulan itu.
"Kami percaya ini boleh mencipta nilai yang signifikan untuk pelanggan kami, membolehkan kami menawarkan penyelesaian pemasaran yang lebih baik kepada semua pelanggan kami," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Guan Shen juga telah memperoleh 1.14 juta saham dalam Catcha Digital mewakili kira-kira 0.32% daripada jumlah saham terkumpul kumpulan itu pada 16 Oktober 2023.
Pelaburan itu menekankan keyakinan beliau terhadap visi dan potensi pertumbuhan kumpulan.
"Saya sangat teruja untuk memimpin usaha inovasi kami ketika kami memasuki era baharu AI ini.
"Potensi untuk perubahan transformatif adalah penting dan kami komited untuk itu," katanya. - DagangNews.com


