Tan Sri Azman Hashim tiada kaitan dengan ARJ Group - AMMB

20 Dec 2023 • 3:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tan Sri Azman Hashim tiada kaitan dengan ARJ Group - AMMB

zulfadli

20/12/2023 - 15:51

KUALA LUMPUR 20 Dis - AMMB Holdings Bhd memaklumkan bahawa Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat mereka, Tan Sri Azman Hashim, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ARJ Group Management & Services Asia.

Menurut kumpulan perbankan itu dalam kenyataan hari ini, Azman telah secara palsu dikaitkan dengan ARJ Group Management & Services Asia, yang menyenaraikan Tan Sri Azman Hashim selaku salah seorang daripada ahli lembaga pengarahnya, lapor Berita Harian.

"Kami ingin mengesahkan dan menjelaskan bahawa Tan Sri Azman Hashim tidak sama sekali terkait dengan ARJ Group Management & Services Asia.

"Kami memohon orang ramai dan pihak berkepentingan kami untuk berhati-hati dan sentiasa mengesahkan maklumat dengan sewajarnya berhubung sebarang percubaan palsu mengaitkan nama Tan Sri Azman Hashim dengan sebarang urus niaga," katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved