Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim bersara sebagai pengerusi Bioalpha Holdings

Business & Finance
8 Jun 2023 • 10:38 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim bersara sebagai pengerusi Bioalpha Holdings

johardy

08/06/2023 - 10:38

KUALA LUMPUR 8 Jun - Bioalpha Holdings Bhd mengumumkan Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim, 79, telah bersara daripada jawatan pengerusi bukan eksekutifnya, berkuat kuasa 7 Jun.

Bioalpha berkata Syed Jalaluddin yang merupakan bekas pengerusi paling lama Bank Rakyat Malaysia dan pengarah pengasas Lembaga Dana Pembangunan Pasaran Modal — bersara pada akhir mesyuarat agung tahunan ke-12 kumpulan itu yang diadakan pada hari yang sama.

Beliau pertama kali dilantik ke jawatan itu pada Januari tahun lalu, menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Mamat yang meletak jawatan selepas berkhidmat dengan syarikat itu selama hampir sembilan tahun.

Harga saham Bioalpha dibukatidak berubah pada 9.5 sen pada hari ini, memberikan kumpulan itu permodalan pasaran RM109.21 juta. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved