Tan Sri Michelle Yeoh Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, Artis Asia Pertama ‘Diiktiraf’ Di Institut Filem Amerika

11 Aug 2022 • 12:59 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelakon antarabangsa dari Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 60, menjadi artis Asia pertama yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam seni halus daripada Insititut Filem Amerika (AFI).

Pihak AFI telah mengumumkan pada hari Isnin bahawa Michelle akan mendapat pengiktirafan “untuk sumbangan terbilang kepada seni imej bergerak” yang menjangkau lebih daripada 40 tahun kerjayanya.

Michelle akan diberikan penghormatan pada hari Sabtu, 13 Ogos di salah satu tempat ikonik di Hollywood iaitu TCL Chinese Theatre semasa majlis perasmian AFI Conservatory Class of 2022.

Selain Michelle, Pemegang Amanah AFI Emeritus Lawrence Herbert juga akan menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Seni Komunikasi pada hari yang sama atas komitmennya terhadap misi AFI.

image is not available
Kredit: AFI

Presiden AFI dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Gazzale berkata, “Michelle Yeoh dan Lawrence Herbert telah memberi inspirasi kepada dunia dengan bakat luar biasa mereka,”

“Walaupun kedua-dua perintis ini telah membuktikan impak mereka dalam cara yang sangat berbeza, komitmen bersama mereka terhadap seni imej bergerak yang memberikan detik yang membanggakan ini untuk AFI untuk menyerlah atas bakatyang diberikan kepada kami,”

Pencapaian Tan Sri Michelle Yeoh dalam dunia perfileman

Tan Sri Michelle Yeoh telah mengumpul lebih 70 kredit lakonan untuk filem dan TV untuk pelbagai watak yang dimainkan. Pada awalnya, pelakon itu mencipta nama dalam industri filem Hong Kong.

Beliau mula mengorakkan langkah ke persada antarabangsa pada tahun 90-an dengan beberapa filem seperti ‘Crouching Tiger‘, ‘Hidden Dragon’ termasuklah, filem James Bond ‘Tomorrow Never Dies‘.

image is not available
Kredit: Tumglr, M16 & Harper’s Baazar

Beberapa karya terkenal beliau yang lain dari dekad kebelakangan ini termasuklah “Memoirs of a Geisha“, “Crazy Rich Asians“, “Guardians of the Galaxy Vol. 2″ dan “Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings“.

Penampilannya baru-baru ini sebagai bintang bagi filem keluaran A24 “Everything Everywhere All at Once” telah melayakkan filem itu mendapatkan pencalonan anugerah Oscar.

Filem sains fiksyen itu menjadi filem pertama keluaran studio tersebut, yang memaparkan pencapaian $100 juta di box office pada minggu lalu. Tan Sri Michelle juga akan membawa watak utama dalam siri drama Netflix yang akan datang iaitu “The Sun Brothers.