Tanah jerlus: DBKL pantau kawasan terlibat dengan teliti

30 Aug 2024 • 4:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BUKIT MERTAJAM, 30 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus memantau dengan teliti kawasan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Beliau berkata selain itu kajian teknikal terhadap tanah jerlus di lokasi kejadian juga telah dibuat pihak berkaitan.

“Saya ada lalu kawasan itu, tiada masalah cuma kawasan yang dianggap perlu diperkukuhkan itu, akan dibuat segera, dan DBKL akan pantau secara teliti setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kubang Semang, di sini.

Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang telah menggunakan pelbagai teknik termasuk kaedah jetting, flushing dan menyedut air keluar dari lokasi kejadian, dalam usaha mengesan mangsa.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved