Tanah jerlus: JKR diarah beri bantuan teknologi – Nanta

27 Aug 2024 • 12:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah memberikan bantuan sokongan teknologi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata walaupun kejadian tanah jerlus berlaku di kawasan seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun kementerian sentiasa akan memberikan kerjasama memandangkan ia adalah kejadian bencana.

“Saya telah arahkan JKR supaya memberikan bantuan dari segi teknologi untuk menyokong seluruh pasukan (SAR) kerana kita mempunyai kepakaran,” katanya ringkas dalam audio yang dikongsikan kepada media hari ini.

Pada Jumaat lepas, wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved