Tanah jerlus: K9 bomba curi tumpuan

LocalEnvironment
27 Aug 2024 • 6:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Unit K9 JBPM ditugaskan di lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada Selasa.

image is not available
Lebih 30 petugas media berada di lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada Selasa.

image is not available
Antara premis di Jalam Masjid India, Kuala Lumpur yang kembali dibuka pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Dua ekor anjing pengesan dibawa ke lokasi tanah jerlus di Masjid India di sini, hari ini, pada Selasa.

Haiwan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu dilihat tiba di lokasi pada kira-kira jam 5 petang, sebagai usaha membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijaya Lakshmi, 48.

Kelihatan, anggota JBPM telah membawa K9 itu di lokasi sekitar tanah jerlus.

Kehadiran unit khas itu telah mencuri perhatian orang awam di sekitar lokasi selain menjadi tumpuan petugas media.

Pada hari pertama insiden iaitu Jumaat lepas, JBPM sudah menggunakan khidmat unit anjing pengesan itu, namun tidak mendapat petunjuk.

Setakat hari kelima operasi SAR, pencarian turut melibatkan Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

Setakat jam 6.15 petang, usaha mencari mangsa masih dijalankan.

Selain itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi juga mendapati beberapa premis kedai yang sebelum ini ditutup kerana insiden terbabit kembali dibuka pada Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan pasukan SAR termasuk menggunakan botol untuk melihat tempoh sesuatu objek boleh sampai ke lokasi akhir iaitu loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan terjatuh di kedalaman kira-kira lapan meter.