

Seorang pelancong dari India dipercayai tertimbus di bawah tanah mendap dengan kedalaman 10 meter berdekatan Masjid India, Kuala Lumpur pagi tadi.
Wanita malang itu dipercayai terjatuh ketika berjalan kaki di kawasan terbabit sekitar pukul 8 pagi tadi.

Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir mangsa dan keluarganya bercuti di ibu negara sebelum berangkat ke negara asalnya.
Setakat ini, mangsa masih belum ditemui.



