Tanah Jerlus: Tiada Ahli Geologi Bernama Sarah Jamal Berkhidmat Di UM

LocalPolitics
26 Aug 2024 • 7:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tanah Jerlus: Tiada Ahli Geologi Bernama Sarah Jamal Berkhidmat Di UM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM) hari ini menafikan terdapat ahli geologi bernama Dr Sarah Jamal berkhidmat di universiti berkenaan.

Ketua Jabatan Geologi Fakulti Sains Universiti Malaya Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Jabatan Geologi UM berkata tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia.

“Kandungan artikel ini adalah tidak berdasarkan fakta dan palsu.

“Staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden di Jalan Masjid India yang melibatkan kehilangan nyawa, memandangkan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) serta penyiasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan selain punca kejadian masih tidak dipastikan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan satu artikel tular di media sosial yang kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari UM bernama Dr Sarah Jamal yang mendakwa terdapat “gua kosong yang amat besar” di bawah bandar raya Kuala Lumpur.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved