Tanah kerajaan, persendirian diceroboh jadi tapak sampah haram di Ijok

LocalEnvironment
16 Sep 2026 • 3:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tanah kerajaan, persendirian diceroboh jadi tapak sampah haram di Ijok

SHAH ALAM, 16 SEPT: Tanah kerajaan dan persendirian di Kampung Seri Sentosa serta Kampung Harmoni, Ijok, Kuala Selangor dikesan diceroboh untuk dijadikan lokasi pelupusan sampah haram.

KDEB Waste Management (KDEBWM) memaklumkan penemuan itu hasil lawatan tapak bagi meninjau keadaan serta mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung isu pelupusan sisa secara haram di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sisa yang dibuang di lokasi itu merangkumi sampah domestik, sisa pukal dan sisa binaan.

“Pejabat Tanah Kuala Selangor memaklumkan proses pengeluaran Notis 7A, yang akan disusuli dengan Notis 7B dan 8A, sedang dilaksanakan bagi mengarahkan pemilik tanah mengambil tindakan membaiki dan memulihkan tapak.

“Tindakan lanjut termasuk perampasan tanah turut boleh dipertimbangkan sekiranya arahan tidak dipatuhi,” katanya menerusi Facebook.

Lawatan diketuai Pengarah Urusan KDEBWM Dato’ Ramli Tahir bersama wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, Pejabat Tanah Kuala Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta JKR CREATE.

KDEBWM berkata pihaknya akan merangka cadangan nilai tambah bagi pelaksanaan kerja pembaikan dan pemulihan tapak, bermula daripada peringkat pengeluaran notis sehingga proses pemulihan selesai.

Menurutnya, kerjasama antara agensi akan diperkukuh bagi menangani pembuangan sampah haram serta memastikan pengurusan sisa pepejal lebih teratur, lestari dan berkesan di Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved