Tanah Makkah tandus bertukar hijau, terkenang hadis Nabi buat ramai insaf

9 Jan 2023 • 11:13 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TANAH Makkah yang merupakan gurun yang tandus bertukar hijau, warga maya dikejutkan dengan perubahan muka bumi yang jarang berlaku di Arab Saudi.

Bumi Arab Saudi yang terkenal dengan padang pasir yang gersang dan panas kelihatan berbeza apabila imej yang dirakam satelit menunjukkan kawasan itu bertukar hijau selepas hujan lebat baru-baru ini.

Baru-baru ini Arabia Weather melaporkan imej satelit Terra yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Amerika (NASA) merakamkan pemandangan hijau di beberapa kawasan di Arab Saudi.

image is not available

Tumbuhan hijau didapati melitupi beberapa kawasan kering yang didominasi oleh padang pasir seperti kota Makkah, Jeddah dan Madinah.

Beberapa hari lalu sejak Disember 2022, taburan hujan yang tinggi direkodkan di Arab Saudi.

image is not available

Susulan daripada itu beberapa kawasan di wilayah barat Arab Saudi dilitupi dengan kehijauan.

image is not available

Twitter @theholymosques berkongsi foto-foto pergunungan di kota Makkah yang menghijau dan kelihatan cantik.

Dalam keterujaan menyaksikan fenomena jarang berlaku ini, ramai warganet berasa takut dan mengaitkannya dengan tanda-tanda seperti mana sabda oleh Nabi Muhammad SAW ribuan tahun dahulu.

image is not available

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadi banyak haraj.” Mereka bertanya apakah haraj ya Rasulullah? Jawab baginda; “Pembunuhan.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Foto: Twitter @TheHolyMosque

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi