Tanah mendap: Laluan arah Kuantan dibuka semula

27 Jul 2023 • 9:13 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUANTAN, 27 JULAI: Sebahagian laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap di KM66.1 bermula malam Selasa, dibuka semula bagi arah Timur.

Pembukaan semula laluan itu disahkan oleh pemegang konsesi KLK, ANIH Berhad menerusi laman sosial Facebook dan Twitter pagi ini.

“Bagaimanapun, pengguna arah ke Kuala Lumpur masih perlu menggunakan laluan alternatif iaitu melalui keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula di persimpangan Bentong Barat,” menurut ANIH Berhad.

ANIH Berhad sebelum ini, memaklumkan penutupan sebahagian lebuh raya itu di kedua-dua arah ekoran tanah mendap yang berlaku berhampiran Plaza Tol Bentong.

Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan memaklumkan laporan awal Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mendapati tanah mendap tersebut diakibatkan daripada runtuhan terowong 2 laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang berada 13 meter di bawah laluan tersebut.

MRL menerusi kenyataan memaklumkan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved