‘Tanah Mini’ Di Kuala Lumpur Ini Dijual Dengan Harga Mengejutkan

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2024 • 10:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

‘Tanah Mini’ Di Kuala Lumpur Ini Dijual Dengan Harga Mengejutkan

Sebidang ‘tanah mini’ di tengah-tengah Kuala Lumpur mencuri perhatian ramai apabila dilaporkan dijual pada harga yang sangat tinggi, mencecah lebih RM60 juta.

Tanah ini terletak di lokasi yang sangat strategik, berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC), salah satu mercu tanda negara yang paling terkenal.

Mengikut satu hantaran Facebook yang tular, tanah tersebut dijual pada harga RM69,783,120, bersamaan dengan RM4,500 bagi setiap kaki persegi.

Gambar yang dikongsikan menunjukkan tanah ini terletak di tengah-tengah kesibukan ibu kota, dikelilingi oleh bangunan pencakar langit yang megah.

Walaupun terletak di kawasan yang pesat membangun, kawasan ini masih kelihatan sedikit kehijauan, seolah-olah seperti sebuah ‘hutan mini’ di tengah bandar.

Difahamkan, terdapat juga sebuah banglo usang di atas tanah tersebut.

https://x.com/JatIkhwan/status/1835696039694922226?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1835696039694922226%7Ctwgr%5E4e74288391ce04475dc3a0ef5001995fe540345b%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.therakyatpost.com%2Fnews%2Fmalaysia%2F2024%2F09%2F17%2Fthe-mini-jungle-worth-rm69-million-near-klcc%2F

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terkejut dengan nilai pasaran tanah kecil di tengah bandar itu.

Bukan itu sahaja, perkara ini turut menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Sumber: Ziean Azian Rahman via Facebook Mont Kiara Community