
KOTA KINABALU: Tanah runtuh yang berlaku pada 30 Jun lalu akibat hujan berterusan punca kira-kira 300 penduduk di Kampung Kolosunan, Inanam, di sini, terkandas hampir dua minggu lalu.
Rata-rata penduduk tidak dapat keluar dari kampung untuk ke Pekan Inanam yang terletak kira-kira 20 kilometer apabila jalan penghubung kampung berkenaan tidak boleh dilalui kenderaan.
Menurut penduduk, Joulis Sangga, 60, terdapat enam runtuhan di sepanjang dua kilometer di laluan tersebut menyebabkan ia tidak boleh dilalui pelbagai jenis kenderaan.

