Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat ke-27 Ditemukan Pada 10.30 Pagi Ini – Polis

22 Dec 2022 • 11:39 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tanah runtuh Batang Kali: Mayat ke-27 ditemukan pada 10.30 pagi ini – Polis

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Batang Kali pada hari ini telah memasuki hari yang ketujuh.

Operasi yang berjalan pada pagi tadi telah berjaya menemui seorang lagi mangsa.

Menurut ciapan Bernama mangsa tersebut telah ditemui pada jam 10.30 pagi tadi.

Penemuan tersebut menjadikan kesemua mangsa yang ditemui terkorban setakat ini meningkat kepada 27 orang.

Operasi SAR pada hari ketujuh masih diteruskan lagi bagi mencari baki enam lagi mangsa yang masih hilang.

Berdasarkan Pusat Pengurusan Operasi JBPM, jumlah mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh tersebut serama 94 orang. Seramai 61 orang daripada mangsa terselamat dan 27 mangsa meninggal dijumpai setakat ini.

Setakat hari ini, seramai enam orang mangsa masih lagi tidak dijumpai.

Secara keseluruhan 27 mayat mangsa yang dikenal pasti adalah lima orang lelaki dewasa, 13 wanita dewasa, lima orang kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan. Untuk mangsa yang ke 27, masih lagi tidak dapat dikenal pasti jantina mayat mangsa terbabit.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: BERNAMA