Tanah Runtuh Bukit Jugra: JKR Laksana Kerja Pembaikan Cerun – Nanta

18 Oct 2023 • 2:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tanah Runtuh Bukit Jugra: JKR Laksana Kerja Pembaikan Cerun – Nanta

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat sedang melaksanakan kerja pembaikan cerun susulan tanah runtuh di kawasan lereng Bukit Jugra setelah meminta pandangan dan khidmat nasihat Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) jabatan berkenaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata tindakan segera dan kerja pembaikan itu perlu dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri demi keselamatan serta keselesaan pemanduan pengguna jalan raya.

“JKR telah mengambil tindakan awalan dengan menutup jalan menaiki ke Bukit Jugra. Penyediaan papan tanda amaran dan plan pengurusan trafik telah diaktifkan bagi mengawal keselamatan pengguna jalan raya.

“Bagi mengelakkan kerosakan dan hakisan tanah menjadi lebih teruk, pihak JKR juga telah memasang kanvas di lokasi yang terjejas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nanta turut menasihati pemandu agar berhati-hati sewaktu melalui kawasan bercerun kerana negara sedang berada dalam tempoh peralihan monsun.

Isnin lepas, Majlis Perbandaran Kuala Langat memaklumkan orang awam tidak dibenarkan memandu kenderaan naik ke atas Bukit Jugra susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan lereng bukit itu.

Bukit Jugra merupakan antara lokasi terkenal dengan aktiviti pendaratan luncur layar (paragliding) yang menjadi tumpuan pelancong ke Selangor.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved