Tanah runtuh: Bunyi seperti letupan

LocalEnvironment
14 Oct 2024 • 5:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan runtuhan tebing jalan di laluan Jalan Tanjung Pari -Ulu Legong, Baling, Kedah. Foto JKR

image is not available
Jalan Tanjung Pari-Ulu Legong di Baling, Kedah yang ditutup sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Foto JKR

BALING - Bunyi runtuhan jalan dan pergerakan tanah di Jalan Tanjung Pari-Ulu Legong di sini menimbulkan ketakutan kepada pengguna jalan raya selain mereka mendakwa turut bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Mohd Noor Mohd Zahari, 48, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakan melalui kawasan berkenaan sebelum secara tiba-tiba terdengar bunyi letupan kuat.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mereka dalam perjalanan ke tapak perkhemahan yang tidak jauh dari Ulu Legong ke Tanjung Pari.

"Saya memandu kereta agak perlahan sambil membuka cermin untuk merasai suasana sejuk ketika melalui kawasan itu.

"Tiba-tiba terdengar bunyi seperti letupan kuat yang menggegarkan. Saya berhentikan kereta dan kami keluar meninjau persekitaran sebelum terdengar bunyi deruan air yang kuat di kawasan bawah gaung di tebing jalan," katanya.

Ujarnya, tidak menyangka dapat menyaksikan jalan terbabit mula merekah daripada kecil menjadi semakin besar.

Mohd Noor berkata, dia kemudian meminta bantuan rakan dan menghubungi pasukan penyelamat untuk tindakan lanjut.

"Ketika menunggu bantuan, tiba-tiba berlaku lagi pergerakan besar di bawah gaung dengan keadaan pokok besar sedikit demi sedikit seolah-olah tenggelam ke dalam sungai.

**media[2846999]**

"Di bahagian atas jalan raya ini nampak sedikit sahaja runtuhan dan rekahan tetapi di bahagian bawah keadaannya semakin besar dan serius," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Baling dalam notis pada Isnin memaklumkan Jalan Ulu Legong-Tanjung Pari itu ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan sehingga tarikh yang akan dimaklumlan kelak.

Ia berikutan berlaku tanah runtuh dan rekahan di jalan berkenaan sehingga membahayakan orang ramai.