Tanah runtuh di Cameron Highlands, tiang elektrik tumbang hempap kereta

21 Sep 2024 • 4:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUANTAN, 21 SEPT: Satu kejadian tanah runtuh di Kilometer 67, Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market di Cameron Highlands hari ini menyebabkan sebahagian laluan jalan terhalang

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pukul 11 pagi itu.

Beliau berkata bencana itu telah mengakibatkan Jalan Besar, Brinchang berhampiran Agro Market telah terhalang oleh tanah runtuh, pokok dan tiang eletrik yang tumbang.

“Sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran kawasan itu rosak dihempap tiang elektrik yang tumbang, namun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Azri berkata kerja-kerja pembersihan sedang giatkan dijalankan.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved