
RANAU: Jalan menghubungkan Ranau dan Tambunan berdepan risiko terputus akibat tanah runtuh di beberapa laluan.
Kejadian tanah runtuh berhampiran Kg Tungou, kira-kira 21.5km dari pekan Ranau, kini mengundang bahaya kepada bangunan kediaman, penduduk dan pengguna jalan raya, jika tiada tindakan diambil untuk membaiki tanah runtuh itu.
“Kami mengharapkan pihak berkuasa bertindak segera membaiki kerosakan sebelum berlaku perkara yang tidak diingini,” kata Pengerusi JKKK Kg Tungou, Jumil Bin Rosli.
Jumil turut bimbang dengan keselamatan beberapa rumah berhampiran yang berdepan risiko tanah runtuh sekiranya tiada tindakan drastik diambil.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Ketua Kampung Kg Tungou Eloi Gisiu ketika dihubungi menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau mengambil tindakan segera membaiki laluan yang terjejas demi keselamatan pengguna jalan raya.
Seorang lagi penduduk, Asmin Nasir menggesa JKR menyegerakan kerja-kerja membaiki kerosakan jalan utama yang menghubungkan Ranau dan Tambunan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
