Tanah runtuh di Kampung Raja Cameron Highlands, laluan terhalang

6 Jan 2025 • 9:42 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUANTAN, 6 JAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Kampung Raja, Cameron Highlands hari ini, menyebabkan laluan terhalang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.

“Kejadian itu mengakibatkan laluan di kedua-dua arah terhalang, namun kerja-kerja pembersihan giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands memaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah berada di lokasi kejadian bagi memantau dan menghantar bantuan anggota.

Menurut sekretariat itu, laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Koyan, Lipis dan Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved