Tanah Runtuh Di Lombong Emas Indonesia Ragut 10 Nyawa, 43 Hilang

9 Jul 2024 • 12:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tanah Runtuh Di Lombong Emas Indonesia Ragut 10 Nyawa, 43 Hilang

JAKARTA, 9 Julai (Bernama) — Tanah runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas di Bone Bolango, wilayah Gorontalo, Sulawesi, Indonesia pada Ahad dilaporkan mengorbankan 10 nyawa, dengan 43 individu masih belum ditemui.

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhairi pada Selasa berkata jumlah mangsa yang hilang itu disahkan oleh agensi pengurusan bencana daerah.

Beliau dalam satu kenyataan berkata operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan lebih 200 anggota di Kampung Tulabolo, daerah Suwawa Timur, dihentikan buat sementara pada 6 petang Isnin akibat hujan lebat.

“Pihak berkuasa mengutamakan keselamatan anggota dan komited untuk meneruskan usaha pencarian apabila keadaan bertambah baik,” katanya.

Abdul Muhari berkata operasi itu berdepan cabaran besar, termasuk keadaan tanah yang tidak stabil dan jalan yang tidak dapat dilalui ke kawasan terjejas, yang memerlukan perjalanan selama sembilan jam dengan berjalan kaki untuk sampai ke lokasi.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved