Tanah Runtuh di Papua New Guinea: Ratusan Dikhawatiri Terkorban

29 May 2024 • 7:30 PM MYT
Khateja
Khateja

I am an ex-RN and a new Wonder Woman writer on the Medium Platform.

image is not available
Photo Credit: Malay Mail

PORT MORESBY: Satu tragedi tanah runtuh yang melanda kawasan tanah tinggi di Papua New Guinea (PNG) hari ini telah menyebabkan ratusan penduduk dikhuatiri terkorban, dengan sekurang-kurangnya enam kampung tertimbus.

Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 3 pagi waktu tempatan di wilayah terpencil di Enga, kira-kira 600 kilometer (km) ke barat laut Port Moresby, turut menyebabkan banyak kediaman dan harta benda tertimbus dalam tanah.

Gabenor wilayah, Peter Ipatas, menyatakan bahawa tanah runtuh itu dikhuatiri telah menyebabkan ratusan lagi penduduk tertimbus, manakala ramai dilaporkan telah kehilangan nyawa dan harta benda.

Image from: Tanah Runtuh di Papua New Guinea: Ratusan Dikhawatiri Terkorban
Photo Credit: Utusan

"Ia merupakan bencana alam pertama yang melanda wilayah ini dan telah menimbulkan kerosakan yang sangat besar," katanya.

Aliran lumpur meninggalkan rekahan besar serta menghanyutkan batu-batu bersaiz sebesar kereta, menyebabkan pokok tumbang dan kotoran mengalir ke lembah.

Di kaki gunung, sisa-sisa atap zink banyak terlihat, sementara puluhan lelaki dan wanita tempatan berusaha gigih mengalihkan timbunan batu dan mengorek sambil menangis, mencari mangsa yang terperangkap.

Pasukan perubatan, tentera, polis, dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah dikerahkan ke kawasan bencana untuk menilai kerosakan serta memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera.

Melalui gambar yang dikongsi oleh media, puluhan mangsa yang terselamat turut menangis, masih terkejut dengan musibah yang menimpa mereka

Presiden Persatuan Pembangunan Masyarakat Tempatan, Vincent Pyati, menyatakan lebih daripada 100 rumah telah tertimbus dalam tragedi awal pagi itu.

"Saat ini, kita masih tidak pasti berapa jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dalam kejadian ini," katanya.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Porgera, Nickson Pakea, menyatakan bahawa lebih daripada 300 penduduk mungkin berada di kampung tersebut semasa kejadian.

Image from: Tanah Runtuh di Papua New Guinea: Ratusan Dikhawatiri Terkorban
Photo Credit: Berita Harian

Namun, Pejabat Pengurusan Bencana Kebangsaan PNG tidak memberikan angka tepat berkaitan jumlah korban.

Setiausaha Agung Interim Palang Merah PNG, Janet Philemon, menyatakan bahawa kerana lokasi tanah runtuh itu terletak di kawasan terpencil, bantuan dijangka akan mengambil masa sehingga dua hari untuk tiba.

"Palang Merah menganggarkan jumlah korban atau cedera antara 100 hingga 500, namun kita cuba untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan semasa," katanya.

Philemon menegaskan bahawa agensi tersebut bersedia untuk memberikan pertolongan cemas serta barangan keperluan asas termasuk selimut kepada mereka yang terjejas.

"Tidak ada tanda-tanda gempa bumi setakat ini," tambahnya.

Sumber: Berita Harian


Khateja adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.